2025 : Pakej Amber Hotel, Hulhumale – 4H3M
Discovery Package (Hulhumale Island)event Validity: 31st March 2025
schedule 4 Days 3 Nights
Grab Maldives island package tour with RahaHolidays.com. We offer cheapest Maldives all inclusive holiday package, halfboard or honeymoon packages. Raha Holidays with more than 5 years being specialist in Maldives Package and Honeymoon Package from Malaysia. We provide various category of package such as Honeymoon Package, luxury water villa, affordable local island, snorkelling and diving package, fishing trip, meeting and group trip and many more.
Mahal itu subjektif kepada setiap individu. Bagi admin Maldives adalah antara negara yang mana pakej nya mampu dibayar. 1 tips untuk anda, anda akan banyak jimat jika ambil pakej maldives fullboard (termasuk makan). Ini kerana kos makan di Maldives agak mahal. Bayangkan 1 meal burger king dalam USD 11-15!
Jangan risau kerana kami turut menawarkan pakej honeymoon Maldives pada harga “marhaen”. Kebanyakan pakej ini terletak di local island. Jangan terkejut kalau pakej harga ‘marhaen’ ni siap dengan candle light dinner, dolphin cruise dan banyak lagi yang termasuk!
Local Island adalah dimana pulau yang terdapat kediaman penduduk tempatan di pulau tersebut. Private Island pula dimana hanya 1 resort sahaja yang berada di 1 buah pulau tersebut dan tiada resort lain atau penduduk tempatan di pulau tersebut. Pastinya local island lebih murah berbanding private island tetapi tidak se’privasi’ private island. Sepanjang pengalaman admin private island jauh cantik pantainya berbanding local island.
Antara flight direct pada masa ini adalah AirAsia. Selain itu Sri Lanka airlines (Stopover Colombo) dan Singapore Airline (Stopover Singapore) turut menawarkan flight ke Male,Maldives.
Bagi rakyat Malaysia, tiada Visa yang diperlukan untuk memasuki Maldives!
Matawang utama Maldives adalah rufiya tetapi USD turut diterima pakai dimana-mana kedai, restoran, hotel dan lain-lain tempat. Admin mencadangkan agar anda hanya menukar kepada USD dalam jumlah yang mengcukup dan selebihnya anda boleh menggunakan kad kredit atau debit di sana. Ini kerana pembayaran melalui kad boleh dilakukan di hampir semua tempat.
Maldives bukanlah negara untuk membeli belah, kerana harganya agak mahal. Admin cadangkan cukup setakat beli souvenir dan local product sahaja.